Kekecohan Pemilihan PKR Cabang Sungai Petani 2014
Kekecohan berlaku sewaktu pemilihan cabang PKR Sungai Petani menyebabkan proses pengundian jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditangguhkan.
Difahamkan, situasi itu berlaku apabila seorang calon jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Arvind Kumar mengetahui namanya tiada dalam kertas undi sewaktu tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang, di sini, kira-kira 11 pagi, hari ini.
Susulan itu, penyokongnya mula bertindak mengadakan protes di luar dewan selepas 10 minit kemudian. Sementara seorang lagi calon jawatan itu, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding.