Apabila Melayu bersuara, DAP buat laporan polis, kata Isma


Abdullah Zaik Abdul Rahman

(The Malaysian Isnider) – Tindakan DAP membuat laporan polis terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana mengatakan kaum Cina sebagai penceroboh dianggap sebagai hipokrit kerana kononnya parti itu memperjuangkan kebebasan bersuara, kata Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Presiden Isma itu berkata, DAP merupakan parti chauvinis dan memperjuangkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara tetapi hanya untuk kepentingan kelompok mereka sahaja.

“Mereka menggunakan itu untuk mempertikaikan hak Melayu dan Islam.

“Sebaliknya, apabila orang Melayu bersuara mempertahankan hak mereka, mereka membuat laporan polis,” kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan DAP itu menunjukkan mereka mengamalkan hipokrasi dalam politik dan tidak memihak kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Adakah dia fikir laporan polis boleh halang Isma dan NGO Islam lain bersuara,” katanya.

DAP semalam membuat laporan polis ekoran kenyataan Abdullah Zaik dalam laman web pada 6 Mei lalu yang menyifatkan kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama British sebagai satu pencerobohan.

Selain itu, kaum Cina juga dikatakan bersekongkol dengan British untuk menindas dan membuli kaum Melayu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...