ISU HUDUD: WASPADA PERANGKAP POLITIK PAS


ssk

Salleh Said Keruak

HARI ini, Pas dilapor membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.
Alasannya, menunggu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
Saya melihat perkembangan ini sebagai satu lagi helah politik Pas. Punca sebenarnya adalah tekanan daripada DAP, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dalam entri saya pada 13 April lepas, saya sudah membayangkan bahawa sandiwara Pas membangkitkan semula isu hudud ini tidak akan berakhir dengan `happy-ending’ sebagaimana filem-filem Bollywood. Ini kerana sejak awal lagi, pendirian DAP begitu jelas. Tidak akan menyokong hudud.
Bukan rahsia lagi, isu hudud ini sekadar mainan politik Pas sejak dulu. Apabila sepi, ia akan dibangkitkan. Apabila kontroversi timbul, hudud muncul mengalihkan perhatian. Demikianlah hudud dalam diari Pas. Demi survival politik kepartian.
Sebab itu, Umno kena berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik Pas ini.  Kerana Pas pada akhirnya akan mempersalahkan Umno dan Kerajaan Pusat jika Jawatankuasa Teknikal gagal mencari kata sepakat, sehingga menyebabkan pelaksanaan undang-undang tidak menjadi kenyataan.
Mengambil kira tentangan DAP terhadap hudud, Pas akan mencari helah untuk tidak bersetuju terhadap apapun rumusan Jawatankuasa Teknikal. Pas akan berusaha menggagalkan kejayaan pelaksanaan hudud ini, tapi ia tidak mahu dilihat sebagai puncanya. Inilah permainan politik Pas.
Dalam hal ini, keputusan Pas membatalkan hasrat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen adalah satu percubaan untuk memerangkap Umno.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...