Mesyuarat khas: PAS Pusat tunggu laporan T’ganu


http://i967.photobucket.com/albums/ae159/Malaysia-Today/mustafa-ali_zpse818e409.jpg

(Harakah Daily) – PAS Pusat sedang menunggu laporan rasmi daripada PAS Terengganu untuk tindakan selanjutnya berhubung krisis politik di negeri itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS Pusat setakat ini menyerahkan kepada PAS Terengganu untuk ‘melihat’ perkembangan krisis politik di negeri itu.

“Sehingga hari ini kita belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada PAS Terengganu. Apa-apa pandangan PAS negeri nanti perlu dikemukakan kepada PAS Pusat,” katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, apa-apa tindakan dan keputusan selanjutnya adalah di tangan PAS Pusat.

“Kita akan mengadakan mesyuarat berkenaan perkara ini selepas mendapat laporan rasmi dari negeri,” jelasnya.

Krisis politik di Terengganu mencapai kemuncaknya apabila Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah pada Isnin malam sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Ekoran itu, Datuk Ahmad Said mengemukakan peletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Beliau memberi alasan peletakan jawatannya adalah kerana keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunggu sehingga selepas majlis perkahwinan anak perempuannya sebelum dia melepaskan jawatan menteri besar.

Kerana tindakan Najib itu,  Ahmad Said pula mengisytihar dirinya keluar daripada Umno dikatakan dua adun BN lagi turut serta bersama beliau.

Keadaan ini menyebabkan kedudukan kerusi  PAS, BN dan 15:15:3 namun lewat petang semalam Adun Bukit Besi Roslee Daud kembali semula kepada Umno.

Hari ini Menteri Besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan bahawa tiga pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu semalam masih lagi kekal sebagai wakil rakyat BN.

Selain bekas menteri besar, ADUN Ajil, Ghazali Taib mengejutkan negeri itu dengan peletakan jawatan mereka.



Comments
Loading...