Kassim Ahmad persoal status sah waran tangkap syariah KL di Kedah


KASSIM_AHMAD_210214_TMIHASNOOR_08_540_358_100

(TMI) – Jika Islam merupakan kuasa bagi setiap negeri di Malaysia, apakah waran tangkap yang dikeluarkan oleh sebuah negeri juga sah digunakan di negeri lain? Atau adakah bidang kuasa pihak berkuasa agama sama seperti polis persekutuan yang bertanggungjawab bagi seluruh negara?

Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang akan ke mahkamah dengan persoalan ini berkata, beliau diculik dari rumahnya di Kulim, Kedah dan dibawa ke Putrajaya untuk menghadapi tuduhan di Mahkamah Syariah dengan waran daripada negeri yang melanggar hak Perlembagaan.

Peguamnya berkata, waran sedemikian tidak boleh digunakan kerana pihak berkuasa agama negeri mempunyai bidang kuasa terhad berbanding undang-undang persekutuan agensi penguatkuasaan seperti polis.

Mereka berkata waran yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya boleh dikuatkuasakan dalam bidang kuasa itu.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal bulan ini, Kassim, 80, berkata waran tangkap itu adalah batal dan tidak sah, termasuklah penahanannya.

Beliau berkata, ia mengakibatkan beliau hilang kebebasan, menjalani tekanan dan penderaan mental, mengalami kecederaan fizikal dan kerugian.

“Saya juga ditahan tanpa makanan dan minuman dan tidak mempunyai akses kepada peguam,” katanya dalam dokumen mahkamah yang dilihat oleh The Malaysian Insider.

Kassim meminta ganti rugi dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga mahu Mahkamah Sivil mengisytiharkan dakwaan terhadapnya oleh Mahkamah Syariah Putrajaya itu cacat dan Mahkamah Syariah Putrajaya tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan yang didakwa itu.

Kassim menamakan sembilan pihak, termasuk Putrajaya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Jawi dan Jabatan Agama Islam Kedah sebagai responden.

Permohonan semula kehakiman akan didengar pada 16 Julai.

Pada 27 Mac, Kassim didakwa atas dua kesalahan mengikut Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Kesalahan pertama adalah mengikut Akta Jenayah Syariah kerana didakwa mengucapkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam manakala yang kedua adalah melanggar fatwa atau tidak mengingkari pihak berkuasa agama.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...