Di Teluk Intan, Anwar main isu kaum untuk pancing undi


Anwar Ibrahim

Anisah Shukry, The Malaysian Insider

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Dyana Sofya Mohd Daud akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama di Teluk Intan sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini, ketika serangan karakter ke atas beliau dalam Internet semakin memuncak.

Dalam ceramah di Kampung Terengganu, Teluk Intan di hadapan kira-kira 200 masyarakat Melayu tempatan, Anwar berkata mereka akan dapat melihat buat kali pertama kaum sendiri menjadi wakil di Parlimen itu.‎

“Ini kali pertama Teluk Intan menyaksikan calon Melayu bertanding di kerusi ini. Di Teluk Intan ini, di mana kaum Melayu tidak pernah menang, kita sekarang bawa calon kaum Melayu yang muda, berkemampuan,” kata Anwar.

“Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua.”

Anwar memberitahu orang ramai tiada harapan sekiranya orang ramai mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga merupakan presiden Gerakan.

Anwar mendakwa selaku ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau menyaksikan bagaimana kaum Melayu diabaikan di bawah pemerintahan Gerakan sebelum DAP menawan negeri Pulau Pinang pada 2008.

“Umno kata ‘hidup Melayu’. Tetapi mereka rompak tanah dan kekayaan orang Melayu dan hanya tolong kroni mereka. ‘Hidup Melayu’? Bodoh!” kata Anwar.

“Sekarang mereka serang Dyana dengan teruk. Kadangkala Umno terlupa untuk hina saya kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...