Dyana lupa diri


dyana-sofya

Dia tidak akan berada di kedudukannya sekarang jika tidak kerana UiTM

(Free Malaysia Today) – Soal sama ada ibu Dyana Sofya telah atau tidak menyertai (atau masih ahli) Perkasa tidak sepatutnya timbul kerana bukan ibunya yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, hal ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana Tan Sri Shahrir Samad, abang kepada orang kuat PAS Shah Alam, Khalid Samad bukan sahaja seorang anggota kanan Umno tetapi pernah menganggotai Kabinet Persekutuan.

“Organisasi atau parti politik yang disertai oleh anggota keluarga tidak seharusnya dijadikan  isu yang hanya membuang masa membincangkannya.

Lagipun, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberikan kebebasan berpersatuan jadi tidak menjadi masalah untuk kita menyertai mana-mana persatuan kerana setiap individu berhak berbuat demikian melainkan ia sebuah organisasi pengganas,” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.sskeruak.blogspot.com

Jelasnya lagi, apa yang menarik perhatian ialah suatu perkara yang disangkal selama enam hari yang lalu kini disahkan sebagai benar lantas ia merupakan satu pembohongan yang bertujuan semata-mata untuk memesongkan pemikiran pengundi Teluk Intan.

“Inilah perkara yang perlu difikirkan semasak-masaknya oleh para pengundi kawasan Parlimen Teluk Intan,” katanya.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga Dyana Sofya menyatakan tentangannya terhadap dasar UiTM, sebagai sebuah universiti yang memberikannya pendidikan.

“Dia tidak akan berada di kedudukannya sekarang jika tidak kerana UiTM dan kini dia menentang institusi yang memberikannya tempat yang lebih cerah di bumi Malaysia,” katanya.

Tambahnya, adalah tidak adil kepada berjuta-juta orang Melayu lain, kerana dalam beberapa dekad mendatang, mereka juga memerlukan peluang yang sama dinikmati oleh Dyana Sofya.

“Tindakan Dyana Sofya ini seumpama cuba  menutup pintu atau peluang kepada orang lain selepas memperolehi apa yang diidamkannya selama ini,” ujarnya.

Hal ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dyana Sofya, ditambah pula penyokong pembangkang kini mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan meminta diperjelaskan sama ada peruntukan Perkara 153 itu membenarkan institusi seperti UiTM wujud dan dalam erti kata lain, adakah penubuhan UiTM melanggar Perlembagaan Malaysia?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...