Dyana, jangan jadi ‘alat’ macam saya, kata Tunku Aziz


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_05_Senator-Tunku-Abdul-Aziz-Tunku-Ibrahim

Mengapa DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar?

(Free Malaysia Today) – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) nmenyifatkan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRK Teluk Intan mempunyai mesej tersirat untuk mereka (DAP) menyampaikan agenda parti dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.

Katanya, apa mimpi DAP begitu teruja meletakkan calon Melayu untuk mewakili suara partinya di kerusi Parlimen Teluk Intan?

“Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar?” soal beliau dalam sebuah akhbar harian hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pelik dengan strategi DAP itu kerana pernah ‘terperangkap’ dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Mela-yu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.

“Saya pernah dijadikan ‘alat’ oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.

“Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh ko-nonnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.

“Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba ‘menghalau’ saya. Saya hanyalah ‘ejen’ untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka.

Katanya, jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.

“Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata-kata bosnya. Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu sampai bila-bila,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...