Pengundi luar tak pulang, kekuatan jentera BN punca DAP tumpas di Teluk Intan


teluk-intan-by-election_ca-ndidates

DAP dah lakukan yang terbaik supaya pengundi terus memilih calon DAP di Teluk Intan

Ikhwan Zulkaflee, Free Malaysia Today

Pengundi luar tidak pulang dan kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ParlimenTeluk Intan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu sidang media di Dewan Jubli Perak disini hari, Abdul Khalid berkata walaupun DAP tumpas dalam PRK tersebut semalam, parti itu telah melakukan yang terbaik.

“Saya rasa DAP dah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengundi Teluk Intan kekal memilih ahli parlimen DAP,” kata Abdul Khalid.

Khalid menyimpulkan kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan, walaupun baru setahun berlangsungnya PRU-13 disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang serta kekuatan jentera BN mempromosikan calonnya.

“Ia tidak berpihak kepada mereka (DAP) terutamanya dalam PRK di mana banyak pengundi tinggal di luar kawasan tak dapat pulang mengundi.

“Keduanya dalam PRK ada sokongan kuat dari kerajaan persekutuan  untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN. Ini isu yang perlu kita utarakan,” katanya lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...