Orang Cina tetap mahu orang Cina wakili Teluk Intan


Mah_Siew_Keong

Mereka sudah sebati dengan wakil rakyat bukan Melayu tiba-tiba Lim Kit Siang letak calon Melayu bertanding, maka mereka tidak dapat menerimanya.

Zabidi Saidi, Free Malaysia Today

Pada tahun 2008, DAP meletakkan calon India, M.Manogaran sebagai calon PRU Teluk Intan.  M. Manogaran menang dengan majoriti 1,470 undi mengalahkan Datuk Mah Siew Keong penyandang kerusi parlimen tersebut.

Pada tahun 2013, DAP meletakkan calon Cina, Seah Kong Peng di situ dan beliau menang dengan majoriti 7,313 undi mengalahkan Mah juga.

Pada 31 Mei lalu, DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon PRK Teluk Intan tetapi kalah dengan majoriti 236 undi di tangan Mah yang sudah dua kali kalah dengan calon DAP.

Kenapa bila DAP letak calon India dan calon Cina, DAP menang tetapi bila letak calon Melayu DAP kalah sedangkan majoriti pengundi Teluk Intan adalah Cina. Sepatutnya di atas kertas DAP boleh menang kerana kerusi itu adalah kerusi majoriti Cina.

Adakah kerana orang Cina tak mahu kawasan majoriti Cina diwakili oleh orang Melayu? Tetapi mereka boleh menerima wakil rakyat India kerana pengundi India adalah penentu di Teluk Intan. Mereka sudah sebati dengan wakil rakyat bukan Melayu tiba-tiba Lim Kit Siang letak calon Melayu bertanding, maka mereka tidak dapat menerimanya.

Pada hemat saya, keputusan PRK Teluk Intan membuktikan pengundi Cina tetap rasis. Mereka mahu bangsa mereka mewakili mereka dan bukannya orang Melayu seperti Dyana walaupun DAP cuba melarikan persepsi bahawa parti itu rasis.

Sebagai parti berbilang kaum, DAP sepatutnya menonjolkan calon yang seimbang di antara calon Cina, India dan Melayu tetapi di kalangan ahli parlimen hanya dua orang sahaja Melayu, Datuk Arif Sabri (Raub) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) yang separuh Cina kerana emaknya Cina.

DAP cuba lari dari perrsepsi bahawa parti itu rasis tetapi nampaknya keputusan PRK Teluk Intan menunjukkan bahawa pengundi mahu DAP kekal parti rasis dan bukannya parti berbilang kaum.

Tolak kerana orang baru?

Adakah kerana Dyana orang baru dalam politik maka majoriti pengundi Cina menolak beliau di Teluk Intan? Kenapa soal calon tempatan dijadikan isu kerana selama ini calon DAP bebas bertanding di mana sahaja.

Lim Kit Siang pernah bertanding di Melaka dan Pulau Pinang. Jadi pengundi DAP tak kesah calon itu berasal dari mana tetapi apabila Dyana yang berasal dari Ipoh dikatakan orang luar pula berbanding Mah yang pernah jadi wakil rakyat di situ selama dua penggal.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...