Jangan persenda dan hinakan hukum hudud


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_SayutiOmar-1_zpsb55a77fc

Sayuti Omar

Puak pembela Islam sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan perlu memberi perhatian dan bangkit terhadap pihak-pihak tertentu khasnya dalam politik yang mempersenda-sendakan hukum hudud. Ada kecenderongan di kalangan golongan politik mempermain-mainkan hukum hudud sebagai modal politik murahan mereka.

Hudud adalah sesuatu ketetapan Allah yang disebut dalam al kitab – al Quran. Sama ada kita hendak melaksanakan atau tidak, itu soal lain. Mempercayainya adalah wajib. Ia bergantung kepada komitmen dan iltizam sesebuah kerajaan. Tetapi janganlah sesekali hukum Allah itu dipersenda-sendakan.

Tidak seharusnya hukum hudud dijadikan alasan dan modal, untuk mendapat sokongan. Hukum hudud juga bukan perkara yang boleh dilakukan begitu seperti isu lembu di kondo, GST atau pun kehilangan MH370. Hudud bukan undang-undang untuk menarik sokongan ataupun sebaliknya. Hudud adalah satu kewajiban.

Sudah acap kali hukum hudud ini dipersenda-sendakan dan ia menyakitkan hati apabila mendengarnya. Malangnya orang atau pejuang dan pembela Islam tidak berbuat apa-apa, kurang prihatin. Mereka seolah membiarkan orang mempersendakan hukum hudud dan ini sekaligus menjadikan agama Islam sebagai tidak bermaruah. Sensitiviti orang Islam tidak sepeka sensitiviti penganut agama lain.

Misalnya mendiang Karpal Singh pernah menlafazkan ucapan agar langkah dahulu mayatnya kalau hendak dilaksanakan hudud. Walaupun ketegasan beliau itu dari konteks perlembagaan tetapi kata-kata itu mencabar keimanan umat Islam. Karpal sengaja berkata begitu kerana dia boleh mengguna konotasi lain dalam hal hudud ini.

Persendaan tentang hudud bukan terbatas kepada Karpal sahaja. Sejak negeri Kelantan berhajat untuk melaksanakan hudud, waima atas apa tujaunnya, isu mengenai hudud ini makin “lacat” lagi diperkatakan. Apa yang disentuh mengenai hudud ia amat-amat menyakitkan hati dan rasa terhina.

Terbaru ialah cadangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari Dun Sungai Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang bercadang untuk membawa usul persendiri di DUN Selangor bagi berkemungkinan negeri itu melaksanakan hukum hudud. Walaupun niat Adun berkenaan baik tetapi apa yang dilakukannya jelas satu persendaan kepada hukum hudud.

Umum sudah mengetahui pendirian dan sikap Umno mengenai hudud. Presiden Umno Najib Razak sudah pun “bersabda”; kerajaan UBN tidak akan melaksanakan hudud kerana ia belum sampai masanya lagi. Apakah sabda Najib itu tidak didengari oleh Adun berkenaan.

Kita pasti beliau mendengarnya. Jadi apabila beliau cuba membawa juga usul mengenai hudud itu maka jelas ia satu persendaan. Tujuannya sudah tentu mahukan isu hudud menjadi perbalahan dan pertikaikan di kalangan anggota Adun Pakatan Rakyat di Selangor. Ia bukan sesuatu yang bertujuan baik dati nawaitu yang putih.

Sekiranya usul itu diterima untuk dibahas, sudah pasti ia akan ditolak oleh Adun Pakatan Rakyat terutamanya DAP, kerana pendirian parti itu terhadap hudud jelas. Umno Selangor juga cukup faham usul itu hanya sia-sia sahaja.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...