Diam salah, saman pun salah


Najib-Razak

Sama ada atas kapasiti individu, yang mana haknya telah dicabuli atau atas kapasiti Perdana Menteri, bagi mereka Najib Razak tetap salah.

Lisa Adam, Free Malaysia Today

Bila memilih untuk berdiam diri dipanggil penakut, bila mula bertindak dipanggil menindas pula. Waktu berbicara macam guruh di langit lagaknya, Najib itu, Najib ini, sekarang individu yang bernama Najib Razak sudah ‘menjawab’ cabaran Malaysiakini.

Tidak perlu menggelupur seperti cacing kepanasan, saat inilah nak buktikan kental atau tidak semangat lawan tetap lawan yang selalu dilaungkan. Bila dah berani buat, beranilah menanggung akibatnya.

Sebagai Perdana Menteri, tindakan memfailkan saman terhadap portal Malaysiakini adalah salah, meskipun artikel tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah. Biarpun tindakan tersebut diambil atas kapasiti peribadi. Mengapa ia salah?

Kerana tindakan Najib itu menidakkan kebebasan bersuara di Malaysia. Najib seolah-olah cuba mengekang Malaysiakini dari menyampaikan ‘berita’ kepada umum. Kerana itu, ia tindakan yang salah.

Namun, jika individu yang mengambil tindakan saman adalah Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, maka ianya betul. Kerana apa? Kerana, artikel seperti yang ditulis oleh Papagomo mempunyai unsur-unsur fitnah serta mampu menjejaskan nama baik dan imej Anwar Ibrahim sebagai kepala pembangkang di Malaysia.

Dengan yang demikian, ianya adalah tindakan wajar dan tepat. Lagi pula, lumrah politik di Malaysia, pembangkang sering sahaja dijadikan ‘mangsa’ kepada ‘ketidakadilan’ serta dilabel sebagai pencerna pada banyak kesongsangan dalam masyarakat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...