Isu muflis: SPR belum terima maklumat rasmi


http://www.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/abdul-aziz-yusof3-aug25.jpg

(Sinar Harian) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai kedudukan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengenai notis pengisytiharan muflis terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mengikut undang-undang, kedudukan seorang wakil rakyat akan terlucut sekiranya diisytiharkan muflis.

“Namun, pada masa ini SPR belum menerima maklumat rasmi mengenai kedudukan Abdul Aziz.

“SPR perlu menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum apa-apa keputusan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu,” katanya kepada Sinar Harian,semalam.

Beliau mengulas mengenai sekiranya diisytiharkan muflis, Abdul Aziz akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan yang diwakilinya.

Menurutnya, jika pengisytiharan muflis itu dapat diselesaikan seperti yang ditetapkan mahkamah, maka Abdul Aziz tidak akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Abdul Aziz mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik keluarganya dan telah menghubungi pihak bank bagi membincangkan penyelesaian baki tunggakan tersebut.



Comments
Loading...