Kemenangan DAP, PAS dan PKR melalui penipuan


misc03_300x2001

Gesa pihak PDRM ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli

Faida Rahim, Free Malaysia Today

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao telah membuat aduan polis terhadap Lim Kit Siang setelah beliau gagal menunjukkan sebarang bukti selepas diberikan tempoh tujuh hari apabila beliau mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah.

“Sejak tahun 1969, Lim Kit Siang sering melaung-laungkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah. Mana buktinya? Kalau beliau gagal membuktikan, ini bermakna Lim Kit Siang dan DAP telah memfitnah kerajaan BN.

“Saya minta pihak polis siasat dan ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang, yang mana beliau selama ini sering menghasut minda rakyat. Saya harap budaya ini dapat dihentikan selamanya kerana budaya menghasut dan memfitnah hanya akan menambahkan api kemarahan rakyat terhadap kerajaan.”

Menurut beliau, kemenangan DAP, PAS dan PKR adalah di atas dasar penipuan, pembohongan dan memesongkan fakta.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...