MAIS bersyukur mempertahankan kalimah Allah


Mohamad-Adzib-Mohd-Isa

MAIS bertanggungjawab menentukan kesejahteraan sosial, akhlak dan ekonomi umat Islam di Selangor

Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyatakan bahawa MAIS bertanggungjawab menentukan kesejahteraan sosial,akhlak dan ekonomi umat Islam di Selangor.

Menurutnya, tanggungjawab menjaga agama Islam itu selaras dengan kehendak maqasid syariah iaitu menjaga agama, di samping nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda dengan menjauhi serta menghalang perkara-perkara yang melemahkan dan merosakkan agama.

Dalam pada masa yang sama, Adzib turut mengucapkan rasa syukurnya kerana perjuangan untuk mempertahankan kalimah Allah dari disalah guna telah berjaya.

“Alhamdulillah, perjuangan kita mempertahankan kalimah Allah dari disalah guna sejak 2009 telah berjaya dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan gereja katolik merayu bagi menarik balik keputusan mahkamah rayuan,” katanya sewaktu berucap sempena majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat di Masjid Negeri.

Begitu juga dengan rampasan AlKitab pada 2 Januari lalu yang melibatkan AlKitab yang telah dicetak dalam Bahasa Melayu dan terdapat penggunaan kalimah Allah.

“Rampasan tersebut adalah selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah undang-undang khususnya di bawah enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan di kalangan orang Islam) 1988,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...