Faekah: Shamsul Iskandar, cukup-cukuplah mengampu


Shamsul Iskandar Md Akin

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam PR dan merosakkan imej PKR di mata rakyat

Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin.

Menurutnya, tindakan tersebut telah melangkaui arahan Anwar yang meminta semua pemimpin PKR supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

“Sama ada beliau sedar atau tidak, arahan yang diberikan oleh Anwar dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bagi mengantikan Khalid Ibrahim,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad juga telah membuat kenyataan balas kepada Shamsul Iskandar dengan membuat kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk membuat keputusan bagi pihak parti.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam PR dan merosakkan imej PKR di mata rakyat.

Dalam masa yang sama, Faekah turut mempersoalkan mengapa Dr. Daroyah tidak melepaskan jawatannya walaupun kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar.

“Jika hujah Shamsul Iskandar bahawa Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan Dr. Daroyah Alwi?

“Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar. Adakah Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kerana kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?” soalnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...