Zainuddin: Pergi mampuslah sama MCA, jika mahu menumpang tiket DAP


Zainuddin Maidin

MCA tidak berterima kasih kepada PM yang telah mengambil mereka kembali ke kabinet, malah bersikap seperti ‘gunting dalam lipatan’

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin berkata MCA terus mengambil kesempatan untuk memperlihatkan sikap anti-kaum Melayu dan Umno apabila mendapat kesempatan terbuka.

Tegas beliau, MCA tidak mengubah sikapnya yang ingin mencari populariti di kalangan masyarakat bukan Melayu dengan menumpang landasan DAP.

“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula dan strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP, maka lebih baik bagi Umno membuat keputusan “pergi mampuslah sama MCA” dan mengambil DAP sebagai rakan.

“Lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal daripada musuh dalam selimut,” katanya.

Beliau yang juga bekas menteri kabinet merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil DAP, RSN Rayer.

“Bagi menunjukkan kejantanannya kepada masyarakat Cina, sebaik sahaja dilantik ke dalam kabinet, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan akan terus mengkritik kerajaan dan kemudiannya terus mengecam Zahid kerana mengatakan perbuatan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer setimpal dengan mulut celuparnya yang mengatakan Umno celaka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ini diikuti oleh Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker yang menyifatkan Zahid dengan kenyataannya itu seperti bersikap ‘arrogant dan apathetic’ dan mahu menggalakkan Malaysia menjadi negara tanpa undang-undang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...