PASMEB gelar segelintir ahli parlimen PKR ‘budak nakal’


rafizi-ramli

PASMEB menggelar beberapa ahli parlimen PKR yang mengkritik dan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pentadbirannya sebagai ‘budak nakal’

(Free Malaysia Today) – Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar( PASMEB) menggelar beberapa orang ahli parlimen PKR yang mengkritik dan mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pentadbirannya sebagai ‘budak nakal”.

Presiden PASMEB, Mazli Saring berkata, mereka menentang sekeras-kerasnya tindakan beberapa orang pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang menghentam dan mengkritik Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

“Situasi ini berlaku disebabkan adanya arahan oleh individu tertentu yang mengimpikan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor”, katanya lagi.

PASMEB mewakili rakyat Selangor melahirkan rasa puas hati di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar semenjak kemenangan Pilihanraya ke-12 yang lalu.

“Menteri Besar dan barisan kepimpinan negeri telah menyambung pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dengan lebih teratur dan tersusun.

Ujarnya lagi, pelbagai program telah diatur untuk rakyat dengan tidak memilih darjat mahupun latar belakang politik.

Ini dibuktikan oleh rakyat Selangor dengan keputusan PRU ke-13 yang telah menambahkan bilangan kerusi DUN Pakatan Rakyat dari 36 ke 44 kerusi.

Pertambahan sokongan rakyat ini dalam perkembangan politik semasa membuktikan bahawa rakyat Selangor amat berpuas hati dengan pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...