Mahathir: Transformasi Johor jadi tarikan dan lebih mengagumkan dari New York


mahathir_mohamad_resize_840_511_100

(Free Malaysia Today) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pembangunan yang dicadangkan, dengan berpuluh bangunan pencakar langit yang tinggi dan indah, dengan mercu tanda yang berbentuk ‘skyscraper’ tertinggi akan menjadikan Johor Bahru lebih menarik dan mengagumkan dari New York.

Menurut beliau juga, Johor Bahru akan bertukar wajah secara radikal. Tidaklah salah jika Johor Bahru Baru (JBB) ini akan mengheret Malaysia ke era baru.

“Ia tetap mencerminkan kemodenan dan kemajuan Malaysia seperti dengan Kuala Lumpur. Johor Bahru akan sampai Wawasan 2020 lebih awal dari wilayah lain di Malaysia.

“Persoalan yang timbul ialah siapa yang akan tinggal dan bekerja dalam puluhan pencakar langit ini?,” katanya.

Tambahnya lagi, bangunan-bangunan ini bukanlah rumah murah kerana bahan yang digunakan mestilah mahal iaitu daripada marmar dan granit.

“Lif dan escalator juga memudahkan pelawat naik-turun. Di tingkat atas yang mungkin 30 atau 40 tingkat tingginya, tentulah disediakan flat mewah dengan sewa puluhan ribu ringgit sebulan.

“Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Manakala penduduk yang terdiri daripada orang Melayu, Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar akan berasa khuatir,” jelasnya.

Kata Mahathir lagi, tidak mungkinkah JBB akan menjadi bandar indah dan mewah seperti satu jelmaan negara Singapura lagi.

“Kawasan yang akan dibangunkan ini tentu akan menjadi sebahagian dari Malaysia.

“Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat.

“Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan,” ujarnya.



Comments
Loading...