Khalid tidak takut


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2011_08_Khalid-Ibrahim-SELANGOR-300x202

Khalid tidak kisah sekiranya terdapat rancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kisah sekiranya terdapat undi tidak percaya ke atasnya yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya perkara tersebut berlaku kerana ia termasuk dalam peruntukan undang-undang.

“Apa-apa tindakan boleh dibuat mengikut peruntukan yang terdapat dalam enakmen negeri Selangor,” katanya kepada FMT selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media.

Sementara itu, beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi bahawa terdapat ADUN yang secara terbuka ingin mengemukakan usul tersebut.

Penjelasan Khalid ini adalah berikutan dakwaan mengatakan ADUN PR dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mengadakan mesyuarat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam untuk membawa cadangan usul undi tidak percaya ke atasnya ke dalam persidangan DUN akan datang.

Namun Pengerusi BBC negeri Selangor, Azmin Ali menafikan yang demikian serta meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...