Isma ingatkan anak Melayu waspada dengan DAP


Abdullah-Zaik-Abdul-Rahman

Orang Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar DAP tidak terus merosakkan bangsa kita

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengingati kepada anak-anak Melayu supaya berhati-hati dan jangan mudah dipergunakan oleh DAP dengan agenda komunisnya.

Menurutnya lagi, bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam. Beliau mengulas mengenai seoarang ahli DAP, Young Syefura Othman yang mengatakan DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu.

“Hanya satu cara sahaja untuk DAP tidak menampakkan agenda komunisnya yang kelihatan ekstrem iaitu dengan cara memperalatkan anak-anak muda Melayu yang telah diliberalkan.

“Mereka juga telah dilalaikan dan dilihat lupa akan bangsa dan komitmen terhadap agamanya sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Mengulas mengenai kenyataan daripada Syefura yang mengatakan parti DAP ini nampak lebih ‘cool’ dan realistik, beliau berpendapat Syefura tidak mewakili bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya.

“Bangsa Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar merekan(DAP) tidak terus merosakkan bangsa kita.

“Mereka harus kembali mengingati sejarah dan melihat kembali kepada Islam dengan memperkukuhkan sifat cintakan bangsa dan negara,” jelasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...