Langkah Kajang perlu diteruskan, kata Anwar


anwar ibrahim

(TMI) – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Langkah Kajang perlu diteruskan sehingga rakyat dapat diyakinkan bahawa ia satu agenda yang menguntungkan mereka.

Walaupun berdepan risiko keputusan mahkamah yang menyebabkannya dipenjarakan, Anwar berkata Langkah Kajang adalah untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang.

“Keputusan mahkamah diperalat untuk menyekat saya.

“Langkah Kajang adalah untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang.

“Seperti yang saya terangkan di Kajang, rasional Langkah Kajang itu adalah sementara. Kita iktiraf kejayaan dan kebaikan di peringkat awal, namun kena lonjakkan ke tahap yang lebih meyakinkan rakyat,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa sesuatu jawatan bukan hak milik kekal individu dan tertakluk perubahan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...