Anwar Ibrahim ibarat membina empayar kroni, kata Ibrahim Ali


Ibrahim_ali

(Free Malaysia Today) – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sedang membina empayar kroni untuk keluarganya.

Ini berikutan awal pagi tadi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pencalonan Wan Azizah ini hanyalah untuk kepentingan politik keluarga Anwar sama seperti keluarga Lim Kit Siang yang melantik anaknya menjadi Ketua Menteri.”

“Pertukaran Menteri Besar Selangor ini juga dilihat sebagai mengatasi kemelut dalam PKR. Ini dilihat melalui kegagalan Khalid dalam menyelesaikan beberapa isu seperti masalah air dan Kidex,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Ibrahim juga tidak menolak kemungkinan bahawa pertukaran yang diinginkan oleh PKR adalah bagi mengelakkan Azmin Ali daripada menjadi Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, beliau ingin mengetahui apakah pendirian PAS mengenai pencalonan tersebut.

“Bukankah sebelum ini PAS sudah mengatakan pendirian mereka bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar?” jelasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...