Bekas CJ: Islam terancam di Pulau Pinang


Tun Abdul Hamid Mohamad

(Mkini) – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

“Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara,” tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

Read more at: http://www.malaysiakini.com/news/269586



Comments
Loading...