Sultan Selangor mahu MB yang boleh dipercayai


Khalid Ibrahim

Khalid tetap akan memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat Selangor selagi khidmatnya diperlukan

(Free Malaysia Today) – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor inginkan sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh menteri besar yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.

Menurut Khalid, beliau sudah memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa beliau akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi.

“Saya juga telah mengatakan pendirian saya kepada Sultan Selangor bahawa saya tetap akan memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat Selangor,” katanya kepada FMT selepas majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di Kampung Assam Jawa.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...