Khalid Ibrahim tidak pernah khianat- Hadi Awang


hadi-awang

Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor

(Free Malaysia Today) – “Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza,” demikian luah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini berikutan apabila beliau tetap mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” ujarnya ringkas.

Menurut Hadi, majoriti di Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

“Perkhidmatan Abdul Khalid yang cemerlang dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan.

“Alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor. Jika itu terjadi, ya, itu kita boleh tukar,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...