Khalid: Terima kasih Hadi kerana sokongan


hadi-awang

(FMT) – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus menyokongnya untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, sokongan yang diberikan oleh Hadi memberikan makna yang sangat bernilai walaupun Selangor mempunyai sumber ekonomi yang kukuh.

“Walaupun kita mempunyai sumber ekonomi yang mantap, kita juga memerlukan persekitaran politik yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada masa yang sama, Khalid turut menjelaskan bahawa beliau akan terus bekerjasama dengan exco bagi terus membangunkan negeri Selangor.

Sebelum ini, Hadi telah menyatakan bahawa beliau akan tetap mempertahankan Khalid agar terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor.

Hadi turut mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah pendiriannya dan berharap kesemua pemimpin PAS yang lain turut memberikan sokongan terhadap Khalid.

Walaubagaimanapun, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan bahawa PKR telah memutuskan dan mencadangkan agar Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu sebagai Menteri Besar Selangor lantas terus menggantikan Khalid.



Comments
Loading...