PENYERAHAN SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


Dr Tan Kee Kwong

Lembaga Disiplin ingin memaklumkan bahawa berdasarkan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bertarikh 15hb Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat Khas MPP pada 21hb Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden KEADILAN merangkap ADUN Kajang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun kenyataan media Tan Sri Khalid Ibrahim pada 22hb Julai 2014 secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat khas Biropolitik pada 3hb Ogos 2014 telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8hb Ogos 2014.

Dato’ Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

IMG-20140805-WA0003

IMG-20140805-WA0004

 



Comments
Loading...