PENYERAHAN SURAT JAWAPAN NOTIS TUNJUK SEBAB


Dr Tan Kee Kwong

Lembaga Disiplin ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima surat jawapan tunjuk sebab YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 6hb Ogos 2014.

Dengan ini dimaklumkan juga bahawa YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin pada:

Tarikh: 8hb Ogos 2014 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Ibupejabat KEADILAN

Sekiranya masa dan tarikh tersebut tidak sesuai, Lembaga Disiplin turut mencadangkan masa dan tarikh lain iaitu sebelum jam 12 tengah hari pada 9hb Ogos 2014 (Sabtu).

Selain isu kenyataan media yang dibuat Tan Sri Khalid pada 22hb Julai 2014, beliau turut akan diminta memberikan penjelasan berkenaan perkara-perkara berikut:

1. Penstrukturan Air Selangor
2. Elaun Baru Menteri Besar Selangor
3. Kenaikan Cukai bagi Lesen Perniagaan
4. Pinjaman YAB Tan Sri Khalid dengan Bank Islam
5. Cadangan Lebuhraya Baru KIDEX

Dato’ Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

 



Comments
Loading...