PAS tak kisah jika terpaksa keluar Pakatan, kata Dewan Ulama


Ahmad_Yakob_MB Kelantan

(The Malaysian Insider) – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

“Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

“Keputusan Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia  merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Kota Baharu.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS menegaskan Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...