Rakyat perlu di beritahu apa yang berlaku, dan PAS lebih arif tentang keadaan sebenarnya


KHALID

Tekanan terhadap PAS kian memuncak dari dua parti yang lain yang berada dalam Pakatan Rakyat dan jika akhirnya PAS bersama mereka keadaan tidak akan sama lagi kerana masing-masing telah merasakan bahang tekanan DAP dan PKR ini.

Aspan Alias

Wan Azizah membuat deklarasi yang beliau mendapat 30 undi sokongan dalam Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau mempunyai hak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah di pecat dari partinya dan tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan menyokong beliau.

Wan Azizah mendapat sokongan dari dua ADUN PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyokong beliau dan tidak bersama Khalid. Jika itu ada kebenarannya maka elok di bawa ke Dewan Undangan dan lakukan usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.

Tetapi buat masa ini Khalid masih Menteri Besar dan elok ditunggu sehingga November setelah Dewan Undangan Negeri bersidang. Kekalkan sahaja sokongan yang di perolehi dan tidak perlu bising-bising dan diterjemahkan kepada undi dalam usul tidak percaya kepada Menteri Besar itu nanti. Apa-apa boleh berlaku sementara menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang November ini.

Tidak perlu tergesa-gesa kerana Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti sebagai yang beliau umumkan pagi tadi. Kerja tergesa-gesa akan merumitkan lagi keadaan kerana bertindak secara tergesa-gesa akan memberikan kecenderungan untuk membuat keputusan yang tidak tepat.

Tidak perlu lagi mendesak untuk PAS menentukan sikap mereka kerana PAS hanya memerlukan seminggu sahaja untuk membuat penentuan itu. Bak kata Sallehudin Ayob, Naib Presiden PAS, ini bukan hendak menukar Ketua Kampung, tetapi ini menukar Menteri Besar. Apa hal di sebalik tindakan tergesa-gesa ini?

Dengan perkembangan terbaru ini tidak mustahil jika pilihanraya negeri akan berlaku dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri November ini atau lebih awal dari itu. Jika tidak ada penyelesaian diperingkat parti-parti dalam PR, maka biarkan rakyat membuat penentuan dan buat keputusan muktamad.

Dalam pada itu TS Khalid perlu memberikan penjelasan hingga keakar umbi apa yang sedang berlaku melalui penerangan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang terendah yang bersama dengan rakyat ramai iaitu JKKK. Sebagai kerajaan TS Khalid patut memberikan fahaman kepada semua ketua-ketua kampung kerana ketua-ketua kampung adalah pegawai kepada kerajaan yang memerintah apa pun parti yang mentadbir mereka.

Khalid perlu mendapatkan ‘feedback’ dari orang ramai dan rakyat bawahan untuk semua pihak mengambil keputusan yang paling hampir kepada kemahuan pengundi-pengundi yang ramai. Kemelut sebegini kalau tidak diawasi dan dikendalikan dengan baik mungkin akan membawa kepada kekecuhan di setiap peringkat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...