Majoriti 30 adun Selangor sokong Wan Azizah jadi MB


khalid-ibrahim-wan-azizah-1-300x225

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt yang mengizinkan kesinambungan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional diteruskan seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13.

Warganegara Malaysia

Dengan ini saya mengumumkan bahawa denyut nadi rakyat menyokong kepimpinan Najib Tun Razak sebagai Datuk Perdana Menteri.

Sokongan yang dizahirkan oleh rakyat adalah agar Najib Tun Razak meneruskan tugas sebagai Datuk Perdana Menteri.

Sokongan ini dinyatakan melalui pilihanraya yang disertai rakyat Malaysia tempoh hari.

Dengan perkembangan ini saya mengesahkan rata-rata rakyat masih menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada walaupun ada rakyat yg menyatakan sebaliknya.

Oleh yang demikian tiada keperluan untuk membubar Parlimen atau mengadap Yang Dipertuan Agong untuk menukar Datuk Perdana Menteri.

Saya menasihati Najib Tun Razak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dan hanya sekiranya sah hilang sokongan majoriti maka perlu segera Datuk Perdana Menteri meletak jawatan.

Najib Tun Razak seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran sekiranya terbatal keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Perdana Menteri.

Keutamaan saya adalah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dapat merancang dasar dan melaksanakannya dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

Oleh yang demikian saya menyeru rakyat Malaysia membuat sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk meneruskan pentadbiran Malaysia seperti biasa.

Saya juga memuji kesabaran rakyat dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus menyokong kerajaan sebagaimana yang dinyatakan oleh denyut nadi rakyat dalam pilihanraya tempoh hari.

Rahmat
Warganegara Malaysia



Comments
Loading...