Ibu Nurul Izzah lebih baik dari Khalid, ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul


http://i985.photobucket.com/albums/ae335/mttodayJ/Aspan-alias-New_zps4ab44939.jpg

Aspan Alias

“My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain. Apabila ibunya di sebut akan menggantikan Khalid, sudah tentulah beliau akan berpendapat ibunya lebih baik dari Khalid.

Saya sudah ketiadaan ibu lagi. Jika ibu saya masih hidup, tentu saya akan berkata yang ibu saya lebih baik dari Khalid, malahan lebih baik dari Wan Azizah atau Rosmah Mansor. Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.

Ibu saya boleh menghantar anak-anaknya kesekolah sampai ketahap yang termampu oleh anak-anaknya untuk pergi tanpa halangan walaupun dalam keadaan kekurangan sumber untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dan keperingkat pengajian tinggi.

Ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Wan Azizah jika di dasarkan kepada keadaan kehidupan mereka yang kekurangan telah berjaya menjadikan anak-anak mereka menjadi pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepada negara. Adaanak-anak mereka yang ,menjadi ‘corporate captains’ dan ada yang menjadi pemimpin negara.

Abdul Ghaffar Baba seorang yang datang dari keluarga yang miskin, tetapi ibu dan keluarganya telah membesarkan beliau dan dengan izin Allah telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang di tumbangkan tanpa belas ehsan oleh Anwar Ibrahim pada November 1993 dahulu.

Sesungguhnya memang lebih ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Khalid, kerana fungsi seorang ibu dengan Khalid seorang lelaki itu sememangnya berbeza. Khalid telah berjaya bukan sebagai seorang ibu dan wanita, tetapi Khalid telah berjaya membawa kedepan segala perkara dan niat tidak baik setengah pihak setelah di berikan mandat oleh rakyat.

Jika di tinjau dari sudut itu, ibu Khalid telah berjaya dan mungkin lebih baik dari ibu Nurul Izzah kerana membentuk beliau bersabar menghadapi situasi di mana beliau di cungkil segala kesalahannya untuk di turunkan dan di musnahkan karier politiknya.

Ibu Khalid telah membentuk Khalid walaupun dengan kelemahan biasa sebagai manusia tetapi oleh kerana didikan ibu beliaulah yang membuatkan beliau berani dan bergaya menambahkan risab negeri ketahap yang belum pernah di capai oleh negeri Selangor.

Jadi, ibu Nurul Izzah dan ibu Khalid sememangnya lebih baik dari Nurul Izzah dan Khalid sendiri kerana kejayaan Nurul Izzah adalah kerana didikan ibunya dan kejayaan Khalid pula adalah di atas didikan ibu beliau juga.

Yang belum tentu lagi ialah kejayaan Nurul itu sendiri samada akan berjaya sebagai ibu kepada anak-anaknya seperti kejayaan ibunya membentuk beliau menjadi seorang pemimpin Dewan ‘Legislature’ negara.

Apa yang di sebut oleh Nurul itu adalah satu yang biasa dan tidak jauh bezanya dengan kejayaan ramai ibu-ibu yang lain.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...