Kenyataan Shuhaimi Haji Shafiei, ADUN Sri Muda


ADUN-Sri-Muda-Mat-Shuhaimi-Shafiei-1

Saya ingin memberikan respon kepada cabaran YB Rafizi Ramli di media kepada Adun Selangor.

1) Saya sangat terkejut dengan saranan YB Rafizi hari ini. Disebabkan beliau mencadangkan melalui media, maka saya menjawap melalui media juga.

2) Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.

3) Tindakan YB Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan adalah wajar dipuji kerana beliau adalah juga dicadangkan namanya sebagai calon oleh Pemuda PAS. Walaupun beliau tidak perlu memberikan jawapan balas begitu kerana ia hanya cadangan rakan sejawatnya, namun saya hormati pendiriannya. Hakikat sebenar semua Adun sudah menandatangani SD menyatakan sokongan kepada YB Dato Seri Wan azizah Ismail adalah bukti sokongan padu saya /kami untuk akur kepada keputusan parti.

4) YB Azmin Ali yang turut dicalonkan juga sudah secara terbuka mengatakan beliau mengikut keputusan parti dan beliau juga telah tandatangan SD menyokong Yb Dato Seri Wan azizah Ismail. Jesteru itu tidak ada kewajaran cabaran YB Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti.

5) Kenyataan oleh Rafizi dilihat menghina Adun KEADILAN Selangor khususnya dan amat tidak seorang naib presiden mencabar kami di media seperti itu.

6) Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan

8) Kenyataan Rafizi sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan Rayat dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam KEADILAN. Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat.

9) Saya fikir telah tiba masanya untuk Presiden parti dan Ketua Umum menegur cara melampau YB Rafizi. Tindakannya telah banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan Rakyat. Pandangan rakyat melihat beliau seolah olah memaksakan pendapatnya untuk diikuti oleh semua orang. Ini sangatlah dikesalkan.

10) Amaran saya kepada YB Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam perlantikan menteri besar yang baru ini. Ia jelas mempamirkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak. Saya ingin berpesan, hentikan tindak tanduk beliau ini. ‘Wayang Langkah Kajang’ sudah melabuhkan tirainya. Tan Sri Khalid Ibrahim sudah berhenti. Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur.

Shuhaimi Haji Shafiei
ADUN Sri Muda



Comments
Loading...