PAS kembalilah ke pangkal jalan


Pas

PAS jangan sanggup diperkuda DAP yang rasis dan PKR yang liberal malah sebaliknya bagi mempertahan kesucian syiar Islam yang tak mampu dipertahan oleh UMNO yang lembik

Rohimi Nazmin, Free Malaysia Today

Kenyataan Exco Pemuda PAS, Dr. Fadhil Ghani dalam sebuah forum di Unisel baru-baru perlu didukung oleh sekalian umat Melayu Islam di Malaysia ini. Dengan pengakuan ini, kita bolehlah menarik nafas lega bahawa golongan muda dalam PAS sedar akan ancaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme yang semakin mengancam kedudukan Islam, Melayu dan Raja serta hak-hak Bumiputera yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sememangnya UMNO diakui dari dahulu sampai sekarang amatlah lembik untuk kononnya mempertahan Melayu dan maruah Islam. Ketegasan PAS suatu ketika dahulu dalam menegakkan syariat Allah di muka bumi Malaysia ini dan ketegasannya dalam mempertahankan ketuanan Melayu merupakan ibarat rahmat Allah yang tak ternilai buat kita penetap asal Tanah Melayu yang merdeka daripada penjajahan ini.

Namun setelah menang, pada PRU 12 yang lalu, PAS mula lupa perjuangan asalnya dalam Pakatan sehinggakan sanggup diperkuda Anwar dan chauvinis serta puak-puak rasis DAP yang terang-benderang antiperlembagaan. Sudah tidak mahu lagi buat hudud. Dulu siap kata mahu tubuh negara Islam. Tiba-tiba nak raih undi bukan Muslim, tukar jadi negara kebajikan pula.

Alhamdulillah, hasil desakan ISMA, PERKASA serta kumpulan pendesak hak Melayu yang lain, golongan muda mula sedar akan ancaman ini lantas menegaskan kembali mengapa PAS ada; bukan untuk menjahanamkan Islam dengan sanggup diperkuda DAP yang rasis dan PKR yang liberal malah sebaliknya bagi mempertahan kesucian syiar Islam yang tak mampu dipertahan oleh UMNO yang lembik.

Malah, kecelikan golongan ustaz muda PAS juga memberi harapan baru pada keteguhan Islam dan syiarnya apabila Dr Fadhil ini telah berani mempersoal kedudukan Islam yang sepatutnya menjadi agama rasmi, bukan sekadar agama persekutuan. Kita umat Melayu Islam di Tanah Melayu yang suci ini harus yakin bahawa Islam-lah yang tertinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya!

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...