Khalid tunggu arahan istana lepas PAS, PKR, DAP kemuka nama calon MB


khalid_ibrahim

Jamilah Kamarudin, The Malaysian Insider

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP.

Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini.

“Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.

“Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...