Satu nama saja: Saifuddin


Saifuddin_Nasution_Ismail

KENYATAAN MEDIA

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang baru dipilih telah bermesyuarat pada 2 September 2014 untuk membincangkan pendirian kepemimpinan baru mengenai isu Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan Pusat menegaskan sekali lagi keputusan yang telah dibuat pada 21 Julai 2014 yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

YB Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN turut mengulangi sokongan beliau kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal dari KEADILAN untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan Pusat juga menerima cadangan dari Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk kekal bertanding di DUN Pengkalan Kubur. Cadangan ini akan dibincangkan oleh KEADILAN dengan Pas dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan keputusannya.

Sekian.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

 



Comments
Loading...