PAS nafi namakan tiga exconya sebagai calon MB Selangor


mustafa ali

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB).

Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

“Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan,” kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

The Star Online melaporkan hari ini, PAS menghantar tiga nama exco mereka,  Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi kepada Sultan Selangor semalam.

READ MORE HERE



Comments
Loading...