Ada perang dalam Umno?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_Najib-Mahathir_zps375a10e8

Yang perlu ditanya (oleh Umno) ialah bukan mengapa Dr Mahathir kritik tetapi tanya benar atau tidak apa yang Dr Mahathir kata. Fakta atau fitnah? Dan ambil langkah susulan berdasarkan jawapan yang diperolehi. 

Mohsin Abdullah, TMI

Ada yang menyamakan siri penangkapan dan pendakwaan hasutan yang berlangsung sekarang dengan Ops Lalang 1987. Setuju atau tidak terpulang. (Bagi yang kurang arif tentang Ops Lalang harap google).

Masa Operasi Lalang ramai yang kaitkannya dengan pergolakan dalaman Umno ketika itu. Walaupun itu tidak pernah dibuktikan, ramai yang membuat kesimpulan “bila orang Umno berperang orang lain akan menerima padah”.  Betul atau tidak, itulah persepsinya. Itu cerita lama.

Cerita baru ialah penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Adakah ini kerana Umno sedang berperang? (Jika “teori” 1987 menjadi sandaran).

Mungkin tidak adil untuk menuduh demikian. Buat masa ini. Kerana yang harus ditanya terlebih dulu ialah adakah Umno sedang berperang? Tidak ada tanda jelas yang menunjukkan ke arah itu.

Yang  ada, “sekadar” teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak. Semua sudah maklum apa yang diperkatakan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian. Bagi orang Umno itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai “perang” atau “pergolakan” dalaman. Setuju.  Tetapi yang jelas, Umno tidak berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir berhubung tuduhan terhadap presiden mereka. Yang menarik ialah cara mereka menyatakan pendirian.

Contoh: “Tun (Dr Mahathir) sepatutnya menegur ‘in private’ – bukan membuat kritikan terbuka. Jumpalah Najib dan bincang,” kata beberapa ‘panglima’ Umno.

Kata seorang lagi ‘panglima’:”Cara Najib sesuai dengan zaman ini, era Najib.”

Dan bagi seorang pemimpin tertinggi parti, Najib ‘dengar dan bincang dalam Kabinet  sebelum mengambil keputusan dan menggubal dasar’. Najib katanya lagi ‘bukan diktator’.

Mengapa soal ‘diktator’ diketengahkan tidaklah diketahui. Pun begitu bagi golongan yang tidak meminati Umno, parti itu tidak berani menyangkal Dr Mahathir secara terbuka ketika mempertahankan presiden mereka. Sebaliknya memilih untuk ‘cakap bunga-bunga ‘.

Hanya Tun Musa Hitam yang berterus terang menjawab tuduhan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian juga kerana semua sudah maklum apa yang Musa kata. Dan tidaklah memeranjatkan.  Kerana pada 1980-an ketika memegang jawatan timbalan presiden Umno, Musa mahu orang Melayu mempunyai ‘sikap kurang ajar’.

Yang dimaksudkan ialah cakap berterus terang. Call a spade a spade. Kerana orang Melayu katanya amat suka bercakap ‘bunga-bunga’ dan berlapik. Namun musuh dalam Umno memutarbelitkan kenyataan itu dan menuduh Musa sebagai pemimpin Melayu menganjurkan budaya biadap, sesuatu yang bertentangan dengan budaya Melayu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...