Anwar Ibrahim Pohon Ampun Kepada Sultan Cara Biadap, Penuh Penipuan
MyKMU
Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor merupakan kenyataan paling kurang ajar pernah diucapkan oleh pemimpin Melayu moden.
“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (‘convention’) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” kata Anwar.
Dengan kata lain, permintaan maaf mereka hanyalah sekadar “budi bahasa” menghormati Tuanku, bukan kerana mereka rasa bersalah ingkar titah yang meminta tiga nama calon Menteri Besar.
Tidak cukup itu, Anwar seolah-olah mengejek dan menghina Sultan Selangor apabila menyatakan kemurkaan tuanku ke atas mereka hanya kerana mereka mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS).
Apakah maksud mereka DYMM Tuanku tidak mengikut undang-undang apabila meminta tiga nama? Dalam bahagian mana UTNS menyatakan parti yang menang majoriti hanya perlu menghantar satu nama sahaja? Malah UTNS langsung tidak menyatakan keperluan parti menghantar nama kepada Sultan atau keperluan Sultan meminta nama daripada mana-mana parti.
Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.
Tiada ada langsung sebarang kenyataan menyatakan mana-mana parti yang mendapat majoriti dikehendaki menghantar nama Menteri Besar kepada Tuanku. Dan tidak ada langsung fasal yang menyatakan Tuanku mesti menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti yang menang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.
Dengan kata lain, pencalonan nama oleh parti hanyalah adat dan dan budi bahasa yang diterima oleh Sultan Selangor. Justeru apabila sultan menitahkan agar dikemukakan tiga nama, ia adalah budi bicara Tuanku Sultan yang tidak sepatutnya dicabar.
Jika perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan Dewan, maka usul undi tidak percaya perlu dilakukan di dalam Dewan Negeri Selangor.