Raja Melayu tetap bertakhta, tapi mereka tidak perintah


Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

Sistem raja mutlak menjadi antara penyebab utama kemiskinan orang Melayu.

Nur Yasmin, Free Malaysia Today

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menganggap UMNO hanya mahu berselindung di bawah slogan mempertahankan institusi Raja Melayu semata-mata untuk mengekalkan sokongan bangsa Melayu.

Ini kerana beliau merasakan UMNO mahukan sistem feudal zaman dahulu kerana rakyat hanya menurut perintah secara membabi buta.

“Kalau anak bini diambil raja pun tidak mengapa. Benih raja itu bagus,” katanya merujuk kepada sikap rakyat Melayu pada zaman dahulu.

Menurut Ariff Sabri dalam blognya sakmongkol.blogspot.com hari ini, beliau merasakan sistem raja mutlak menjadi antara penyebab utama kemiskinan orang Melayu.

“Kita hendaklah melawan cubaan untuk mengembalikan zaman raja mutlak.

“Saya hairan kenapa pihak UMNO menyokong sangat pengembalian raja perintah secara mutlak,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa tidak bersependapat dengan raja tidak bererti seseorang itu derhaka kerana baginya ia sudah tidak relevan dalam sistem raja berperlembagaan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...