Saya akan sokong MB baharu – Khalid


ABDUL KHALID IBRAHIM / SHAH ALAM

(Berita Harian) – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar baharu yang dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan tempat beliau.

“Kita bagi ruang kepada Sultan untuk laksanakan perkara ini (pelantikan Menteri Besar) dengan tertib dan teratur.

“Saya rasa kebijaksanaan dan kesaksamaan Sultan dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan sempurna. Saya akan memberikan sokongan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Sultan bagi melantik sesiapa saja untuk menggantikan tempat saya,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK Shah Alam di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai desas-desus Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketika ditanya bilakah tempoh terdekat pengumuman pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Khalid bagaimanapun enggan mengulas sebarang kenyataan mengenainya kerana pihaknya sudah diarahkan oleh Istana Selangor untuk tidak membuat sebarang kenyataan.

“Saya dah dinasihatkan oleh pihak Istana untuk tidak buat sebarang kenyataan kerana ia akan mengelirukan banyak pihak. Kita tunggu sahaja pengumuman dari Istana,” katanya.

 



Comments
Loading...