Anak Nik Aziz kritik timbalan presiden PAS


nik-abduh-nik-abdul-aziz

(The Malaysian Insider) – Nik Abduh Nik Aziz mencurigai gesaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mahu kumpulan ulama dalam parti Islam itu “mereformasi” dan “menaik taraf” supaya kekal relevan.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata gesaan Mohamad seolah-olah mahu PAS membuka (pecat) baju.

“Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau hendak suruh nampak menarik tidak perlu pecat baju, kita kena basuh baju,” kata anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.‎

Beliau sebaliknya berkata gesaan tersebut mencurigakan ketika PAS berdepan dengan krisis kepimpinan antara kumpulan progresif dan ulama dalam parti tersebut.

“Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Beliau bagaimanapun menghormati pandangan Mohamad tetapi enggan mengulas lanjut.

“Tetapi saya tidak fikir lagi untuk megulas panjang. Saya hormati kenyataan dia sebagai timbalan (presiden),” katanya.

Beliau juga mengakui PAS sekarang berada dalam krisis dan sedang berusaha menanganinya.

“”Ya… ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita hendak tangani krisis itu dengan PAS,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...