Fahami konsep ‘agree to disagree’


SSK5

Salleh Said Keruak

1. PERBEZAAN pandangan dan perselisihan pendapat adalah perkara lumrah. Ia biasa berlaku dalam mana-mana organisasi, kelompok mahupun antara individu. Kerana tidak semua dilahirkan dengan tahap pemikiran yang sama.

2. Manusia bukan seperti kereta yang dibina di satu kilang yang mesti mengikut spesifikasi ditentukan. Sebab itu, fizikal manusia tidak akan sama antara satu sama lain. Ada tinggi rendah, kecil besar. Demikian juga dalam pemikiran, ada tinggi rendah akhlaknya dan kecil besar otaknya.

3. Inilah rumusan saya terhadap polemik yang dicetuskan oleh Datuk James Ligunjang berkaitan isu tahun kemerdekaan.

4. Jika pun Datuk James Ligunjang tidak setuju dengan pandangan mana-mana pihak, terhadap apa isu sekalipun, dia sepatutnya tidak menggunakan bahasa sedemikian. Penggunaan bahasa dan perkataan-perkataan itu menggambarkan keperibadian seseorang. Dan dalam hal ini, apabila seseorang menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya diungkapkan oleh siapapun, apatah lagi seorang bergelar Datuk, maka itu mencerminkan kecelaruan fikirannya dan emosi yang tidak terkawal.

5. Datuk James Ligunjang sepatutnya kena terima hakikat bahawa perbezaan pendapat dalam mana-mana isu adalah perkara biasa. Kita jangan emosi, sebaliknya kita kena kawal diri.

6. Kita boleh berbahas berdasarkan fakta masing-masing, bukan dengan kata nista. Dan akhirnya biar khalayak yang buat penilaian. Kita tidak boleh paksa orang lain terima pandangan kita bulat-bulat. Kita kena memahami konsep `agree to disagree’.

7. Sebenarnya, pandangan saya itu (berhubung tahun kemerdekaan) adalah reaksi kepada soalan pemberita dalam satu majlis baru-baru ini, sebagai response kepada kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum itu yang menyatakan bahawa mulai tahun depan tidak perlu disebut tahun ke berapa kemerdekaan negara bagi mengelak kekeliruan fakta.

READ MORE HERE

 

 



Comments
Loading...