PKR reiterates Wan Azizah has majority support and should be MB
KENYATAAN MEDIA
PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR:
KEADILAN MENJUNJUNG KASIH MOHON MENGADAP
Biro Politik KEADILAN yang dihadiri semua pimpinan kanan bermesyuarat hari ini lanjutan dari beberapa perkembangan terbaru berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.
Oleh yang demikian, KEADILAN merafa’ sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah.
KEADILAN akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan undang-undang tubuh Negeri Selangor yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN