Kebocoran kertas UPSR: Muhyiddin menipu?


Three’s company: (From left) S. Kishare Kumar teaching his students Sharvin and Shavatha at SJK (T) Sungai Papan in Pengerang.

Amin Iskandar, The Malaysian Insider

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad membuat kejutan apabila mengatakan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung tugas mereka akibat kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kenyataan Madinah ini bercanggah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 September yang mengatakan Na’imah dan Wan Alias digantung serta merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai.

Bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin yang merupakan Menteri Pendidikan I, Madinah mengatakan kedua-dua Na’imah dan Wan Alias hanya diberi tugas yang tidak berkaitan dengan Lembaga Peperiksaan.

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 menyebabkan pembatalannya, sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September.

Muhyiddin sebelum ini berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Kebocoran kertas peperiksaan UPSR menyebabkan kebimbangan ibu bapa di seluruh negara apatah lagi kejadian ini menyebabkan anak-anak yang menduduki peperiksaan itu merasa tertekan dan terganggu emosi mereka.

Semenjak isu kebocoran kertas peperiksaan heboh, setiap hari kita mendengar tangkapan polis terhadap pihak bertanggungjawab dengan kebocoran itu.

Memang baik kerajaan bertindak tegas dengan pelaku tidak bertanggungjawab itu. Akan tetapi kenyataan Madinah semalam menyebabkan kita rasa tertipu dengan apa yang dikatakan Muhyiddin sebelum ini.

Apakah Muhyiddin hanya mahu menyedapkan hati ibu bapa dan menunjukkan kerajaan tegas dalam isu ini sehingga terpaksa menipu?

Eloklah timbalan perdana menteri berikan penjelasan berhubung isu ini kerana ibu bapa di seluruh negara pasti merasa tertipu dengan kenyataannya sebelum ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...