4 Exco PAS halang Selangor tumbang


selangor_pr_300

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

 Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata 4 Exco PAS yang kekal sebelum ini adalah di atas arahan PAS Pusat untuk terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri.

Menurut Iskandar mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di dalam kerajaan.

“Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang. Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri (PRN).

“Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.

“4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika UMNO dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/24/4-exco-pas-halang-selangor-tumbang/

 



Comments
Loading...