Ahli politik tidak faham peranan institusi raja


sultan selangor

Ada ahli politik yang tidak faham tentang peranan dan kuasa institusi raja atau sengaja tidak memahaminya kerana mempunyai agenda lain.

Khairil Ashraf, Free Malaysia Today

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda mendapati terdapat ahli politik yang tidak faham tentang peranan dan kuasa institusi raja atau sengaja tidak memahaminya kerana mempunyai agenda yang lain.

Baginda turut mengingatkan bahawa kuasa Sultan bukan sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keadaan aman serta maju jaya.

“Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa Majlis Perlantikan Exco Baru Negeri Selangor di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Baginda turut bertitah, pihak baginda tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar dan hanya menasihatkan Menteri Besar sekiranya terdapat perkara yang menyusahkan rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...