PAS TIDAK PERNAH SETUJU BILANGAN EXCO DIKURANGKAN


Mohd Khairuddin Othman

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari 4 kepada 3.

Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini.

Kami juga berpandangan penguguran YB Dr Hjh Halimah Ali dan YB Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik.

Walau bagaimanapun PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal  di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut.

YB Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor

 



Comments
Loading...