Kenyataan akbar Wee Choo Keong


Wee Choo Keong

Semasa pemilihan CEC pada 15hb Disember 2012, pihak urusetia DAP istihar jumlah cawagan yang hadir adalah 865 cawangan. Dan semasa pemilihan semula CEC pada 29hb Sept 2013, pihak urusetia DAP, Ong Kian Meng pula istihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.

Ternyata 120 cawangan baru yang belum didaftar secara sah telah hadir pada pemilihan semula CEC 29hb Sept 2013. Maka sebab itu lah Setiausaha Agong DAP yang belum sah, Lim Guan Eng telah menghantar Anthony Loke dan Vincent Wu pada 24hb Sept 2014 untuk mengesa Pihak RoS untuk meluluskan pendaftaran 120 cawangan yang hadir pada pemilihan semula 29hb Sept 2013.

Dengan fakta2 tersebut maka pemilihan semula CEC pada 29hb Sept 2013 adalah tidak sah sebab 120 cawangan yang belum didaftar telah hadir dan undi.

RoS perlu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC mengikut senarai 2,576 perwakilan dari 865 cawangan yang berdaftar dengan RoS dan mengikut senarai pemilihan CEC 15hb Disember 2012 untuk melantik Setiausaha Agong dan lain2 jawatan yang sah.

Sekain, terima kasih.

 



Comments
Loading...